Pengguna media sosial, termasuk ahli politik dan aktivis bersatu memberi sokongan kepada The Edge berikut penggantungan permitnya, mengatakan penerbitan itu mengamalkan kewartawanan profesional dalam mendedahkan urus niaga meragukan firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Di antara yang menulis di Twitter melahirkan solidariti mereka ialah Timothy Philipp Gan menggunakan akaun @timphilippganck mengatakan: @mpkotabelud @NajibRazak Real Malaysian heroes are “all the people in #TheEdge @theedgemarkets. You will never silent these true patriots!”
(Wira sebenar Malaysia adalah "semua di #TheEdge @theedgemarkets. Anda tidak akan berjaya mendiamkan patriot sebenar ini!")
Seorang lagi pengguna Twitter dengan nama akaun @patricklsk berkata: “When the government is pushing massive propaganda to save Najib & 1MDB, any reports on the contrary will only CONFUSE the government.”
(Apabila kerajaan menggunakan propaganda besar-besaran menyelamatkan Najib dan 1MDB, sebarang laporan sebaliknya hanya akan MENGELIRUKAN kerajaan."
Muaz Omar @MuazOmar menulis: "Msia suspend #TheEdge bcos they tricked Justo? Dat is not d issue @mpkotabelud @NajibRazak! D issue is 1MDB-PSI n 2.6b in @NajibRazak acct.”
(Malaysia menggantung #TheEdge kerana mereka menipu Justo? Ia bukan isunya @mpkotabelud @NajibRazak! Isunya adalah 1MDB-PSI dan 2.6 bilion dalam akaun @NajibRazak."
Ahli politik pembangkang juga menulis tweet melahirkan kekecewaan mereka ke atas tindakan keras itu, dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang menggunakan akaun @AzminAli berkata: “In fact, #TheEdge would be failing in its duty if it did not report this mother of all scandals.”
(Hakikatnya, #TheEdge akan gagal dalam tugasnya jika ia tidak melaporkan ibu kepada semua skandal ini).
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming mengalu-alukan laporan penerbitan itu mengenai 1MDB dalam tweetnya menggunakan akaun @imokman: “EdgeWeekly's coverage of @1mdb over the past year, informative & well-researched, should b given a prize x suspended.”
(Liputan Edge Weekly berhubung @1MDB sejak setahun lalu, bermaklumat dan dengan kajian terperinci, harus diberikan hadiah, bukan digantung)
Beliau juga berkata, “Woodward & Bernstein were given the Pulitzer for uncovering the Watergate Scandal. In Msia, #TheEdge is suspended for its 1MDB coverage...”
(Woodward & Bernstein diberi (anugerah) Pulitzer kerana mendedahkan Skandal Watergate. Di Malaysia, #TheEdge digantung kerana liputan 1MDB...).
Ahli Parlimen Mohamed Hanipa Maidin juga turut menyatakan sokongannya di Twitter dengan menulis: “Beware!.."dictatorship" is coming to us.. it began with suspension of the Edge!”
(Berhati-hati, diktator akan datang kepada kita.. ia bermula dengan penggantungan Edge)
Aktivis juga turut bingung dengan langkah menyekat kebebasan akhbar itu, dengan Eric Paulsen daripada Lawyers for Liberty memperakukan kewartawanan profesional The Edge dalam tweet menggunakan akaun @EricPaulsen101: “The Edge’s coverage of 1MDB was Msia’s press finest hour. It was journalism at its best, fearless & relentless despite odds & threats.”
(Liputan The Edge berkenaan 1MDB adalah pencapaian membanggakan akhbar Malaysia. Ia kewartawanan yang terbaik, berani & tidak berhenti walaupun berdepan kemungkinan dan ancaman)
Peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata di Twitter menggunakan akaun @Ambiga_S: "How can our Ministers remain silent in the face of the suspension of the Edge who exposed the grand larceny of the rakyat's money?
(Bagaimana para menteri kita boleh berdiam diri dalam menghadapi penggantungan Edge yang mendedahkan kecurian besar wang rakyat?)
Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan The Edge dan The Edge Financial Daily selama 3 bulan mulai 27 Julai.
Awal bulan ini, The Edge menerima surat tunjuk sebab di mana kementerian memberi tempoh 7 hari bagi menjelaskan mengapa tindakan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak boleh diambil.
The Edge dituduh menerbitkan artikel mengenai dana negara kontroversi 1MDB, yang dikatakan menyebabkan kekeliruan dan keraguan tentang kerajaan dan institusi kewangan Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dikaitkan dengan skandal itu, dengan wang daripada entiti berkaitan 1MDB didakwa disalurkan ke dalam akaun peribadinya.
Beliau tidak menafikan dakwaan ini secara langsung tetapi hanya menafikan mengambil dana untuk "kepentingan peribadi".
sumber
No comments: