» » Pengarah urusan Ihsan Perdana direman bantu siasatan skandal 1MDB


Pengarah urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, hari ini ditahan reman berhubung siasatan ke atas syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Shamsul ditangkap petang semalam di pusat membeli-belah The Curve di Mutiara Damansara, Petaling Jaya sebelum dibawa ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoalsiasat, di mana beliau kemudiannya ditahan.

Polis pagi tadi mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Putrajaya meremannya selama 5 hari, menjadikannya orang kedua direman berhubung siasatan 1MDB.

Ihsan Perdana merupakan syarikat yang mengendalikan program tanggungjawab korporat bagi pihak Yayasan 1MDB.

The Wall Street Journal pada 2 Julai menamakan syarikat itu antara yang terlibat dalam pemindahan wang berbilion ringgit ke dalam akaun bank milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pendakwa raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy berkata Shamsul, 54, ditahan di pusat membeli-belah The Curve semalam di bawah Seksyen 17a, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sazilee berkata pihaknya memohon reman 7 hari tetapi majistret Eric Lau hanya membenarkan penahanan 5 hari sehingga Ahad ini.

Sumber daripada SPRM memberitahu penahanan Shamsul berkait dengan penyiasatan tuduhan rasuah.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .