Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya melakukan transformasi dengan .
mengurangkan kadar rasuah dalam tempoh enam bulan sebelum meletakkan jawatan pada hujung tahun ini, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri kabinet itu berkata, melalui tindakan itu Najib sekurang-kurangnya dapat menebus kembali maruahnya yang tercalar akibat krisis kepimpinan selepas beberapa dakwaan skandal kewangan yang dihadapinya kebelakangan ini.
"Masalah terbesar yang dihadapi negara adalah rasuah dan sebab itu perdana menteri, anda perlu tekankan isu itu menjadi pemberian yang kekal diingati negara.
"Dalam tempoh enam bulan kamu boleh ubah negara yang selama ini tiada seorang pun ahli kumpulan anda sanggup melakukannya. Anda akan diingati sebagai seorang yang menebus kembali dirinya. Pilihan di tangan anda," katanya dalam tulisan blognya hari ini.
Zaid mencadangkan tiga langkah yang perlu diambil Najib sebelum meninggalkan Kabinet, iaitu meneliti semula Akta Rahsia Rasmi (OSA), mewajibkan pengisytiharan aset bagi menteri, pengerusi agensi kerajaan yang tidak termasuk dalam bajet serta saudara-mara mereka, dan menggubal pembiayaan politik.
Katanya, OSA perlu dipinda bagi memastikan ia digunakan hanya untuk melindungi rahsia ketenteraan dan kepentingan keselamatan negara, bukan untuk menyembunyikan kontrak kerajaan dan urus niaga kewangan kerajaan.
"Perlu ada keterbukaan dalam semua hal ehwal kerajaan supaya pengganti anda, menteri dan pegawai kerajaan elit akan lebih berhati-hati dengan wang rakyat," katanya.
Katanya, undang-undang baharu juga perlu digubal bagi menghalang mana-mana perdana menteri memegang portfolio menteri lain terutamanya bahagian kewangan.
Katanya, undang-undang pembiayaan politik perlu digubal bagi memastikan pembayar cukai membantu jumlah wang yang diperlukan parti politik untuk perbelanjaan pilihan raya.
Katanya, mengharapkan sesebuah parti politik bersih daripada sebarang rasuah dan penyelewengan ketika mereka memerlukan duit untuk menggerakkan aktiviti dan pilihan raya adalah tidak munasabah.
"Kita sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban ini dengan memberi sedikit sumbangan kepada mereka.
"Negara demokrasi sudah mengamalkannya dan kita perlu mengikut perkara yang sama," katanya.
Beliau yakin jika Najib dapat melaksanakan tiga perkara ini, rasuah akan berkurang secara mendadak dan pentadbiran baik boleh dilakukan semula dengan pelaksanaaan dasar yang baik.
"Negara memerlukan hala tuju dan pasukan pemimpin yang baru. Anda boleh abaikan kata-kata saya dan kekal menjadi perdana menteri hingga 10 tahun akan datang, tetapi rakyat akan mengingati anda dengan kes Altantuya, 1MDB, dan akaun AmPrivate Banking," katanya.
Najib semalam menegaskan beliau tidak akan mengkhianati rakyat dan negara, dan akan berusaha mencari jalan menegakkan kebenaran disebalik tuduhan dilemparkan terhadap kepimpinannya.
Beliau juga akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung dakwaan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

No comments: