Pelakon popular Maya Karin akui dia tak banyak projek baru lakonan kerana tak banyak skrip yang menarik minatnya.
Sebab itulah dia kini banyak masa rehat dan filem-filem lakonannya yang bakal ditayangkan dalam masa terdekat, sebenarnya sudah selesai menjalani penggambaran setahun ke dua tahun.
Filem terbarunya Nota yang akan ditayangkan mulai 13 Ogos 2015 ini pun disiapkan dua tahun lalu. Filem Jwanitayang bakal menyusur pun dah lama disiapkan.
“Saya akui tak banyak skrip yang bagus sekarang ini sebab itulah saya tak berlakon,” kata Maya.
Dia berterima kasih kerana diberi kepercayaan berlakon dalam Nota, sebuah filem yang memberikannya watak berbeza berbanding watak yang pernah dibawanya.
Dia berpasangan dengan Hans Isaac. Gandingan itu ialah gandingan pertama dengan Hans, namun lakonan mereka tidak banyak komunikasi.
“Semasa di luar set penggambaran kami tak bercakap pun sebab mahu nampak ketidakserasian dalam set, selari dengan watak kami. saya tahu apa bahagian saya dan Hans tahu bahagian dia,” katanya.
Maya juga seronok dengan cara olahan filem yang boleh diklasifikasikan sebagai art movie itu.
No comments: