» » 'Jika sudah hilang integriti maka sukar untuk mentadbir apa-apa dengan baik'



Pemerintah bersikap terbuka kepada kritikan, tetapi kebebasan bersuara perlu diimbangi dengan batas undang-undang.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menegaskan demikian sambil merujuk kepada kes-kes yang membabitkan Amos Yee dan Roy Ngerng.

Yee dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu kerana memuat naik imej lucah online dan juga kandungan yang bertujuan untuk mengguris perasaan para penganut Kristian - dengan Yee mengemukakan rayuan terhadap hukuman dan tuduhan tersebut.

"AYUH....KITA BERBINCANG"

Menyentuh tentang Encik Ngerng, yang kini berdepan dengan saman malu yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, PM Lee mempertahankan betapa pentingnya untuk para pemimpin negara menangani tuduhan sedemikian, sambil berkata: 

"Jika anda hilang kewibawaan anda, sukar untuk anda mentadbir dengan baik."

Beliau menambah: "Jika anda membuat tuduhan yang mendakwa bahawa Perdana Menteri telah menyalah gunakan dana persaraan rakyat Singapura, ia adalah satu perkara yang amat serius. 

Jika terbukti benar, Perdana Menteri wajar didakwa dan dikenakan hukuman penjara. Jika tidak benar, perkara itu perlu diperjelaskan dan cara yang terbaik untuk berbuat demikian ialah dengan menghuraikannya di mahkamah."
Semasa bercakap dengan para editor Time, PM Lee menggunakan logik yang sama untuk wacana politik, di mana ia perlu bersifat terbuka dan membina.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .