Ihsan Perdana Sdn Bhd hari ini menafikan ada memindahkan wang ke dalam sebarang akaun individu termasuk milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Urusannya Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata dakwaan syarikat itu memindahkan wang untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ke dalam akan peribadi Najib adalah tidak berasas.
"Dakwaan itu adalah tidak berasas dan merupakan pembohongan... saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang pemindahan wang ke dalam akaun peribadi perdana menteri seperti didakwa dalam laporan media," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat Ihsan Perdana yang melaksanakan program CSR untuk Yayasan Kebajikan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), disebut dalam satu artikel Wall Street Journal (WSJ) hari ini.
Artikel itu mendakwa hampir US$700 juta dana daripada 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan Ihsan Perdana adalah antara syarikat yang terlibat menurut penyiasat yang tidak dinamakan.
Dr Shamsul Anwar dalam menafikan dakwaan itu berkata projek CSR yang dilaksanakan Ihsan Perdana diaudit sepenuhnya.
sumber
No comments: