» » Himpunan #TangkapNajib pada 1 Ogos 2015 tetap diteruskan walaupun diberi amaran oleh polis


Gabungan kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka "Demi Malaysia" akan meneruskan perhimpunan di Kuala Lumpur 1 Ogos ini bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Jurucakapnya, Adam Adli Abd Halim berkata amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam menghalang perhimpunan itu disifatkan sebagai taktik menghalang anak muda berhimpun mendesak Najib meletak jawatan.

"Sehingga hari ini, perdana menteri Malaysia masih gagal menjawab persoalan bagaimana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat menyelesaikan hutang yang ditanggung syarikat itu berjumlah puluhan bilion ringgit.

"Menyedari keperluan mendesak untuk menyelamatkan negara dan membebaskan rakyat daripada terus terjerumus ke dalam ketidaktentuan ekonomi, politik dan sosial, maka anak muda sepakat menuntut Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri serta merta.

"Demi Malaysia menyeru seluruh anak muda dan rakyat Malaysia untuk sama-sama hadir ke satu himpunan aman yang akan diadakan pada 1 Ogos ini di hadapan pusat beli belah Sogo jam 2 petang," katanya pada satu sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .