» » Gesa peguam negara dedahkan status siasatan pasukan petugas khas berkaitan skandal 1MDB


Jabatan Peguam Negara wajar menyatakan perkembangan terkini pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan terhadap skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia cenderung dilihat sebagai sandiwara untuk mengalihkan kebimbangan rakyat semata-mata, kata DAP.

Pengerusi biro guamannya Gobind Singh Deo berkata, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mendedahkan kepada umum apa yang sudah dijalankan pasukan itu setakat ini dan skop siasatannya.

Katanya, Gani perlu menetapkan satu tempoh masa tertentu bila pasukan itu mesti menyempurnakan siasatan mereka.

"Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengukuhkan pandangan semasa yang tindakan itu secara keseluruhannya tidak lebih sekadar satu sandiwara yang diadakan bagi memesongkan kebimbangan rakyat berhubung aduan yang dibuat berkenaan isu di sekitar 1MDB, yang akhirnya tidak benar-benar menghasilkan sesuatu walaupun dakwaan itu serius," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Ahli Parlimen Puchong itu dikeluarkan selepas seorang pengarah syarikat hartanah dan pembinaan yang ditangkap pasukan itu semalam ditahan reman oleh mahkamah majistret Putrajaya hari ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .