» » Gantung penerbitan The Edge adalah konpirasi dalaman UMNO untuk tekan Najib Razak sebenarnya


Tindakan Kementerian Dalam Negeri mengantung kedua-dua akhbar mingguan dan harian milik The Edge menimbulkan spekulasi ia adalah satu konspirasi politik dalaman pimpinan Umno itu sendiri yang sudah tidak mampu untuk mempertahankan dan melindungi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penggantungan akhbar itu dilihat ramai orang memberi kesan kepada pemikiran rakyat untuk mempercayai laporan akhbar tersebut dalam isu 1MDB yang membabitkan Najib.

Penggantungan ini juga dibuat bertujuan memberi tekanan kepada Najib untuk berundur dari jawatan perdana menteri.

KDN digunakan untuk tujuan tersebut kerana di kalangan pimpinan Umno dan Barisan Nasional sudah tidak mampu mempertahan dan melindungi Najib apabila majorati rakyat Malaysia mempercayai Najib sesungguhnya terlibat.

Ramai di kalangan pimpinan Umno-BN tidak berani berterus terang dengan Najib kerana sebelum ini mereka begitu kuat mempertahankan beliau.

Lalu tindakan yang boleh dilakukan ialah memberi tekanan dengan pengantungan akhbar ini dan menimbulkan kemarahan rakyat kepada Najib.

Sama ada apakah Najib akan tunduk pada tekanan ini atau tidak, ianya bergantung kepada sejauh mana pula Pasukan Khas Siasatan Kes 1MDB mampu membebaskan diri mereka daripada sebarang pengaruh Najib.

Jika mereka mampu dibeli Najib maka Najib mampu bertahan untuk satu tempoh yang singkat tetapi pasukan penyiasat ini akan hadapi kutukan rakyat Malaysia dan akan menyebabkan institusi yang mereka ketuai akan mengalami krisis kepercayaan yang akan meruntuhkan negara Malaysia yang dicintai.

Sama-sama kita nantikan episod yang seterusnya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .