Apa pun konklusi
untuk menterjemah persepsi
Popular atau benci
bacul atau berani
bacul atau berani
Kata-kata penuh ngeri
sang perompak yang depresi
Walau tidur sebantal dengan isteri
lena berdengkur merentas mimpi
Bilion terus menjadi misteri
ghaib diantara transaksi
Menjelajah bank merata bumi
sebagai pelaburan Ponzi
Mengaut keuntungan peribadi
untuk masa depan anak bini
Berjoli selepas tidak lagi
sebagai politikus sebuah demokrasi. .
Depresi sang perompak mega
tidak sama depresi rakyat biasa
Menanggung bebanan hutang sarat
membayar cukai sepanjang hayat
Bekerja keras menyara kehidupan
bertungkus lumus siang malam
Tetap membayar hutang negara
tujuh ratus bilion sebagai transformasi
Sebuah kepimpinan bangsat
yang sudah hilang berkat
Dengan pelbagai siri skandal
pemegang amanah yang sundal.
Korupsi, opressi, obsessi
polussi, depresi memamah integriti
Perompakan dan penyelewengan
ketirisan dan pemborosan
Pembaziran dan pengkhianatan
tidak perlu berlakun lagi
Sandiwara kitar semula semakin basi
propaganda semakin komedi
Skrip merudum bagai RM dan ekonomi
pembohongan menjadi api
No comments: