» » Arahkan Tony Pua berundur dari PAC kerana lantang bongkar skandal 1MDB


DAP perlu mengarahkan setiausaha publisitinya, Tony Pua berundur daripada menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas mengaku berjumpa pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Mingguan Malaysia.

Akhbar itu melalui ruangan Awang Selamat berkata, pengakuan Pua itu memalukan DAP kerana ia melibatkan integriti memandangkan siasatan PAC terhadap syarikat pelaburan tersebut sedang berjalan.

"Orang yang sudah tercemar nama dan mencetuskan keraguan besar serta mempunyai motif tertentu tidak layak terlibat soal siasat PAC. Beliau adalah wakil DAP dalam jawatankuasa itu.

"Tolong jangan bagi malu parti itu seolah-olah tidak faham definisi integriti," katanya hari ini.

Katanya, dakwaan pembabitan Pua dengan Sarawak Report itu serius dan beliau perlu dengan rela hati berundur demi menjaga reputasi PAC.

Awang Selamat turut mempersoalkan sama ada DAP terlibat sama berkomplot dengan pihak luar dalam gerakan menggulingkan kerajaan.

"Masyarakat masih menunggu kenyatan rasmi penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng.

"Apakah DAP terbabit dalam menggulingkan kerajaan di luar proses demokrasi melalui kerjasama dengan individu dan media asing? Awang sekadar bertanya.”

Pua sebelum ini menafikan dakwaan pernah berjumpa bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, bagi mendapatkan maklumat 1MDB mahu pun bekas wartawan Lester Melanyi seperti dalam video pengakuan.

Sebaliknya mengaku bertemu Rewcastle-Brown, beberapa kali.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed bagaimanapun mempertahankan Pua dan menegaskan hanya Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat sahaja yang boleh menentukan dan menggantung keanggotaan Pua.

Katanya, keanggotaan Pua dalam PAC tidak menjejaskan siasatan jawatankuasa itu terhadap prosiding kes 1MDB yang bermula sejak 19 Mei lalu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .