» » Apakah AS$529 juta yang dipindahkan ke akaun Jho Low datang daripada akaun 1MDB?


Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan penyiasat Malaysia dan Singapura menyiasat sejumlah AS$529 juta di dalam akaun peribadi milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low di Singapura.

Laman The Sarawak Report (SR) turut menulis berkenaan akaun sama di bank BSI SA Singapura awal minggu ini.

Menurut WSJ dan SR, sejumlah AS$529 juta dipindahkan melalui beberapa transaksi antara Jun 2011 dan September 2013 kepada akaun BSI daripada Good Star Ltd.

Akaun BSO milik Abu Dhabi Kuwait Investment Corp (ADKMIC) dan pihak berkuasa Singapura mengesahkan kepada rakan sejawat dari Malaysia pemilik akaun itu adalah Jho Low. Akaun itu bagaimanapun ditutup pada Februari 2014.

Nama Good Star menjadi perhatian dalam urus niaga meragukan bersama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak bekerjasama dengan PetroSaudi International pada September 2009.

Daripada jumlah AS$1bilion yang dimasukkan 1MDB, AS$700 juta diserahkan kepada Good Star sehari selepas kerjasama dimeterai.

Good Star tiada kaitan dengan kerjasama itu dan The Edge Malaysia melaporkan mereka juga bukan sebahagian daripada kumpulan PetroSaudi.

The Edge juga berkata, Good Star dikawal Jho Low, yang mana rakannya, Seet Li Lin merupakan ketua pelaburan di syarikat itu.

Selepas kerjasama itu dibatalkan pada Mei 2011, 1MDB menyerahkan AS$330 juta nota murabbaha daripada Petro Saudi dan wang itu juga dihantar ke akaun Good Star di RBS Coutts di Zurich.

Secara keseluruhan, AS$1.03 bilion daripada wang 1MDB disalurkan ke Good Star – AS$700 juta pada September 2009 dan AS$330 juta pada Mei 2011.

Jadi, adakah AS$529 juta daripada Good Star dipindahkan ke akaun Jho Low di BSI Singapura datang daripada 1MDB?

Dan jika benar, kenapa?

Ini adalah subjek siasatan pihak berkuasa Malaysia, Switzerland, dan Singapura, yang mahu tahu daripada mana datangnya AS$529 juta dalam akaun BSI Singapura.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .