» » 'Ambank harus sahkan sama ada Najib Razak punyai akaun yang didakwa dimasukkan duit penyelewengan'


PKR hari ini menggesa Ambank mengesahkan sama ada Datuk Seri Najib Razak mempunyai akaun peribadi bersama bank itu, bagi membersihkan nama perdana menteri susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) semalam.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata pengesahan itu boleh mengembalikan keyakinan terhadap Najib yang menolak tuduhan dalam artikel WSJ yang mendakwa hampir RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri itu.

"Saya pasti jika Datuk Seri Najib Razak tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi perdana menteri dalam tahun 2009

"Jika terbukti akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh WSJ dan SR (Sarawak Report) itu tidak wujud, maka dengan mudah Najib boleh menghentikan isu terbaru ini," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa menerima wang berjuta ringgit, menurut laporan The Wall Street Journal semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 4 Julai, 2015.

Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, gesaan bagi Ambank segera membuat penafian ekoran daripada situasi kedua pihak Najib dan WSJ mempertahankan fakta dan pendirian mengenai dakwaan tersebut.

"WSJ dilaporkan menyatakan di dalam satu temuramah di Hong Kong maklumat yang mereka perolehi adalah tepat dari satu siasatan rasmi mengenai 1MDB.

“Najib pula dilaporkan menafikan pernah mengambil wang bagi tujuan peribadi.

"Perkara ini boleh diputuskan dengan mudah melalui satu kaedah iaitu mengesahkan sama ada akaun di Ambank di bawah nama Najib itu benar-benar wujud atau tidak," katanya.

Menurut Rafizi, sebelum ini, beliau ada membuat pendedahan mengenai 3 kakitangan pengurusan tertinggi Ambank ditukarkan kerana menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap pemegang saham apabila mengetahui keterlibatan bank itu dalam isu 1MDB.

"Pendedahan WSJ dan SR Najib mempunyai satu akaun di bank itu yang menerima pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion menimbulkan kembali persoalan sejauh mana keterlibatan Ambank di dalam urusan berkenaan 1MDB dan Najib."

Pada masa sama, beliau turut menggesa Bank Negara Malaysia menggunakan Akta Perkhidmatan Kewangan bagi mengesahkan sama ada akuan yang didedahkan WSJ dan Sarawak Report adalah benar wujud atau tidak sekali gus sebagai penyelesaian terhadap kontroversi melanda Najib.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .