» » Akaun Bank Rosmah Mansor dimasukkan RM1 banyak kali sejak dibocorkan Sarawak Report


Sejak disiarkan laman pembocor rahsia Sarawak Report, akaun yang didakwa milik Datin Seri Rosmah Mansor dihujani deposit percubaan daripada sebilangan rakyat Malaysia yang ingin mengesahkan kewujudan akaun itu.

Individu pertama yang cuba mengesahkan kewujudan akaun atas nama "Rosmah Binti Mansor" itu adalah Satees Muniandy yang cuba memindahkan RM1 kepada akaun sekitar jam 8.30 malam semalam.

Satees memuat naik rakaman skrin proses perbankan atas talian menerusi laman Maybank2u dan imej tersebut dikongsi sebahagian pengguna Facebook yang mengikuti perkembangan politik Malaysia.

Tidak cukup berpuas hati dengan Satees yang hanya memeriksa nombor akaun tetapi tidak mengesahkan sama ada akaun itu masih aktif atau tidak, bekas wartawan Malaysiakini, Kuek Ser Kuang Keng memindahkan wang sebanyak RM1 dengan caj perbankan sebanyak 53 sen kepada akaun Affin Bank atas nama yang sama.

Kuek kemudian memuat naik imej yang diekstrak daripada proses itu ke laman Facebook miliknya.

"Saya masukkan TAC (kod pengesahan urus niaga) dan sekarang Rosmah ini dah lebih kaya sebanyak RM1," katanya.

Sementara itu, seorang rakan Kuek dikenali sebagai Keow Wee Leong pergi sendiri ke mesin deposit wang bagi dan cuba memindahkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya ke akaun sama.

Beliau turut memuat naik imej yang mempamerkan nombor akaun dengan nama "Rosmah binti Mansor" yang tertera pada skrin mesin itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .