» » Aidilfitri 2015 tidak berapa ceria kerana dihambat GST dan 1MDB


Berkumandang lagu P.Ramlee
dendang perantau

Bersama lailatulqadar
dengan lirik menusuk

Apa kan daya
masa tidak akan kembali

Hancur musnahlah semuanya.
Raya tahun ini

Suka atau tidak
benci atau meluat

Untuk rakyat marhaen
anak bulan kelihatan atau tidak

Menyambut raya GST dan 1MDB
dengar nasihat orang pandai di TV

Tidak perlu balik kampung
dengan kenaikan kos kehidupan

Harga minyak makin naik
tol juga mahu naik

Dan kata pak menteri
cukup ala kadar di 1 Syawal

Masak nasi goreng aidilfitri
untuk berjimat cermat

Sambil bersyukur negara masih aman
demi membayar hutang negara

Dan segala hutang one off GLC
mencecah satu trilion RM

Dikala nilai RM merudum
dan pelbagai skandal

Berbillion dana masuk akaun
perompak yang menjaga amanah

Ironi sambil terus berjanji
untuk menyiasat dan menghukum
kalau sesiapa bersalah.

Apa kan daya
dikatakan tanpa GST dan 1MDB

Retorik perompak dan pembohong
yang kaya raya makan rasuah

Perut buncit berak merata
mempertahankan survival diri

Tidak mungkin Wawasan 2020
negara maju berpendapatan tinggi
menjadi realiti

Maka jomlah kita beraya
berkorban dan terkorban
dengan GST dan 1MDB

Sebelum majoriti menjadi miskin
menanggung segala hutang piutang

Tergadai kedaulatan dan ketuanan
di sebuah negara muflis! 



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .