» » '2 akaun yang dibekukan antaranya milik SRC dan Ihsan Perdana'


Dua daripada 6 akaun bank yang dibekukan pasukan petugas khas menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ialah milik SRC International Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd, dedah sumber di saat penyiasatan terhadap dakwaan berbilion ringgit dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak sedang berlangsung.

Perkara itu didedahkan sehari selepas The Malaysian Insider memetik sumber melaporkan 3 daripada akaun bank yang dibekukan milik Najib.

SRC International dan Ihsan Perdana serta Gandingan Mentari didakwa menyalurkan kira-kira AS$11 juta (RM42 juta) kepada akaun peribadi Najib di AmBank Private Banking di Malaysia, lapor The Wall Street Journal (WSJ) Khamis lalu.

Jumlah lebih besar AS$681 juta dipindahkan ke akaun Najib dalam dua transaksi pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada tahun itu. Wang ini dpindahkan daripada syarikat di British Virgin Islands.

Ihsan Perdana bertanggungjawab menjalankan tanggungjawab sosial korporat 1MDB sementara SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB sehingga ia digabungkan pada 2012

Pasukan petugas khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis dan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu Ihsan Perdana, SRC International dan Gandingan Mentari Jumaat lalu. Pasukan khas itu kini sedang meneliti dokumen yang diambil dari premis berkenaan.

Arahan membekukan 6 akaun itu dikeluarkan pada Isnin, kata pasukan itu.

Mereka turut merampas dokumen berkaitan 17 akaun bank dari 2 bank untuk siasatan lanjut.

Kenyataan itu turut menyebut rampasan dan pembekuan itu berkaitan dengan pelanggaran undang-undang oleh BNM.

Tindakan pihak berkuasa dipercayai berkaitan dengan laporan WSJ dan laman Sarawak Report.

WSJ memetik dokumen menunjukkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir ke akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

Najib menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .