» » Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap S'wak Report kerana dakwaan ada skandal dalam 1MDB


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap laman pemberi maklumat Sarawak Report berhubung dakwaannya terhadap 1MDB.

Beliau berkata ini akan dilakukan selepas pihak berkuasa Thailand selesai menyiasat Xavier Andre Justo (gambar) yang ditahan di Thailand pada hari Isnin.

"Kita mesti tunggu apa dia laporan dan pengesahan pihak berkuasa Thailand. Saya difahamkan polis Thailand akan memaklumkan kepada polis Malaysia dalam sedikit masa lagi.

"Kalau kita dapat tahu apa-apa pengakuan yang dibuat, bukti-bukti jelas oleh kerajaan Thailand bagi pihak polis mereka, kerajaan Malaysia akan buat keputusan sewajarnya nanti," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Najib berkata, beliau tidak mahu mendahului laporan rasmi dari pihak berkuasa Thailand dan memberitahu media bahawa ketua polis negara dan menteri dalam negeri pun sedang menunggu laporan yang bakal diterima dari Thailand.

Justo, bekas kakitangan PetroSaudi International (PSI)dituduh memeras ugut bekas majikannya menggunakan maklumat yang didakwa dicurinya daripada syarikat.itu.

Maklumat yang sama yang bocor, yang juga mengandungi komunikasi PSI dengan 1MDB, telah diberikan kepada Sarawak Report.

Sarawak Report kemudiannya menggunakan maklumat itu untuk mendakwa bahawa AS$700 juta dari usaha sama antara 1MDB dan PSI telah disalurkan kepada sebuah syarikat milik jutawan Jho Low, yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .