Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberi kata dua kepada menteri yang tidak bersamanya, umpama beliau sedang mencangkul tanah untuk membina lubang bagi mengambus dirinya sendiri.
Kata dua Najib itu dilihat sebagai satu lagi tindakan beliau yang semakin hilang sabar dan ketidaktentuan hala tuju apabila sebelum ini beliau menjawab kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya yang sangat ditunggu-tunggu oleh bekas perdana menteri 22 tahun itu.
Ketika mesyuarat Kabinet Jumaat lalu Najib dilaporkan memberi kata dua kepada mana-mana menteri yang tidak bersamanya dalam berdepan dengan kritikan kelemahan pengurusannya terutama mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), agar mengundurkan diri.
Kata dua itu sekali gus menggambarkan Najib sudah mengenal pasti beberapa menteri yang tidak bersamanya untuk menangkis serangan Dr Mahathir dan juga pembangkang. Najib juga mungkin tahu bahawa agenda Dr Mahathir sudah hampir sampai ke klimeksnya. Jun adalah bulan "sakit" bagi Najib?
Kata dua yang diberikan Najib itu sudah tentu diambil perhatian oleh menteri yang terlibat.
Selepas memberi kata dua itu, elok kalau Najib bersiap sedia untuk kehilangan beberapa ahli Kabinet secara serentak. Sekiranya 3 atau 5 menteri Kabinet berundur ia memberi pukulan hebat kepada Najib yang akhirnya membawa kepada perdana menteri itu juga akan berundur.
Walaupun masih ada ahli parlimen untuk mengganti menteri yang berundur itu tetapi reputasi dan maruah Najib sebagai perdana menteri sudah hancur. Pengunduran 3 atau 5 menteri sudah cukup menggambarkan yang Najib sudah hilang kepercayaan oleh Kabinetnya sendiri.
Jika ini berlaku Najib dan Malaysia mencatat sejarah pertama kali seorang perdana menteri berundur kerana hilang kepercayaan Kabientnya sendiri.
Dalam pada itu satu maklumat menyebut sekurang-kurang 2 menteri dan 3 timbalan menteri akan menyahut cabaran Najib?
Sama-sama kita tunggu .
No comments: