» » Tasha Shilla makin kurus bukan kerana makan hati


Semakin hari susuk tubuh pelakon sensasi Tasha Shilla semakin kurus. Makan hatikah dia?

Maklumlah dah putus cinta dan timbul pula cerita sensasi pasalnya yang tak putus putus.

Tasha kini hanya 47kg beratnya berbanding 53kg empat bulan lalu. Soalan pertama yang diterimanya ialah pasal susuk kurusnya.

“Saya bukan makan hati… sebenarnya saya jadi tikus makmal untuk produk minuman kesihatan yang saya sendiri sedang usahakan bersama rakan kongsi.

“Kalau ramai yang kata saya kurus, inilah jawapan kepada soalan itu. Saya amalkan minuman itu empat bulan lalu. Insya-Allah produk akan dipasarkan tahun ini juga.

“Kini dalam proses kelulusan sebab kita mahu dapatkan pengesahan halal dan urusan lain sebelum dipasarkan. Kini dah 70 peratus tahapnya,” kata Tasha Shilla.


Dia juga masih sibuk dengan kerja dan Ramadan ini akan muncul dengan drama Maid di samping Zul Ariffin dan Ayda Jebat.

Ditebak pasal dirinya yang tak puyus putus dengan gosip dan kontroversi, Tasha sendiri tak tahu mengapa ia terjadi.

“Saya sabar saja dan tak fikir sangat. Saya kuat kerana saya ada keluarga sebagai penguat semangat.

“Pada usia 28 tahun saya masih tinggal bersama keluarga. Saya juga berkomunikasi dengan keluarga bila ada isu pasal saya timbul.

“Saya jelaskan dan mereka faham dan keluarga saya kenal siapa diri saya,” katanya yang ditemani ibu pada majlis memperkenalkan kempen Kosong Kosong Astro, iaitu program khas sepanjang Ramadan di saluran saluran Astro di Kuala Lumpur petang ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .