» » Sekolah didakwa suruh murid minum air kencing dibaling bahan letupan dan molotov cocktail


Pondok pengawal sebuah sekolah rendah di Sungai Petani yang seorang gurunya dikaitkan dengan dakwaan menyuruh murid bukan Islam meminum air kencing sendiri, dibaling dengan molotov cocktail malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata berikutan itu dua lelaki tempatan berusia antara 20-an dan 30-an ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata motif kejadian sedang disiasat di bawah kesalahan mendatangkan bencana dengan api.

Aduan dibuat Selasa lepas yang mendakwa penolong kanan sekolah itu semasa perhimpunan menyuruh murid bukan Islam agar tidak minum di dalam kelas semasa bulan puasa tetapi minum air di tandas sekolah dan sekiranya tidak mempunyai air, mereka boleh minum air paip ataupun air kencing sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain menafikan aduan itu dengan berkata guru terbabit hanya meminta murid bukan Islam supaya menghormati murid Islam supaya tidak minum di hadapan mereka sebaliknya pergi ke tandas untuk minum.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .