» » PROTON telah mula buang pekerja mereka ?


Ada sesuatu yang tidak kena terhadap Proton Holdings Bhd apabila syarikat itu didakwa memecat pekerjanya seperti yang tersebar di laman media sosial.

Malah, beberapa keping gambar yang mendakwa ‘bekas kakitangan Proton’ dipecat dan berkumpul di luar ibu pejabat Glenmarie pagi ini, namun didapati tiada sebarang insiden bantahan itu berlaku.


Surat yang dikeluarkan oleh kesatuan syarikat, Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, turut merayu kelonggaran yang dibuat syarikat itu kepada kakitangannya.

Surat yang bertarikh 19 Mei mendakwa Proton menubuhkan satu ‘skim pemisah’ untuk kakitangan yang diklasifikasikan sebagai ‘tidak layak’ atau diletak sebagai ‘permanent light duty’.

Kesatuan itu percaya skim seperti itu mungkin berbentuk sebagai perletakan jawatan yang dipaksa kerana ia tidak diperuntukkan dalam perjanjian kolektif pekerja.

“Tindakan sedemikian tidak pernah berlaku di dalam syarikat sebelum ini.”

Seorang jurucakap dari DRB Hicom Bhd, syarikat induk Proton mengesahkan bahawa tiada sebarang bantahan kakitangan berlaku di ibu pejabat bangunan itu dan berkata pemeriksaan kini dijalankan jika demonstrasi tersebut berlaku di premis Proton yang lain.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .