» » NGO baharu tajaan ADIK Najib Razak bakal dilancarkan tak lama lagi,


Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) baharu yang ditaja adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak diharap akan dilancarkan dalam masa terdekat, kata Datuk Saifuddin Abdullah, individu yang disebut-sebut untuk menerajui kumpulan itu.

Saifuddin berkata, ia masih dalam peringkat perancangan dan mereka sedang berbincang dengan sejumlah orang yang mungkin menyertai NGO terbabit.

Beliau menegaskan kumpulan itu akan menjadi badan bebas yang akan menangani isu sosio-politik hari ini.

"Ia masih dalam peringkat perancangan dan kami berharap dapat melancarkan tidak lama lagi," kata Saifuddin kepada pemberita sambil menambah yang beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Nazir yang juga pengerusi di sebuah bank di negara ini semalam berkata, beliau dan beberapa individu sedang dalam perbincangan untuk menubuhkan sebuah NGO susulan perkembangan persekitaran sosio-politik Malaysia yang “semakin membimbangkan” dan kesanya ke atas ekonomi negara.

Saifuddin berkata, kumpulan baru itu adalah berbeza dari Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diketuai beliau ketika ini kerana ia dibiayai Putrajaya.

"Kumpulan pemikir menasihati kerajaan manakala sebuah NGO bebas boleh bersuara kerana ia organisasi rakyat."

Saifuddin berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada beliau akan melepaskan jawatan GMM bagi memimpin NGO baru itu.

Semalam, Nazir berkata beliau sangat mengambil berat mengenai perkembangan persekitaran sosio-politik negara serta kesannya ke atas ekonomi.

"Dalam konteks ini, saya sudah berbincang dengan beberapa rakan pemikir lain termasuk Saifuddin mengenai keperluan bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk menyuarakan pandangan, keperihatinan dan cadangan mereka.

"Kita sudah berbincang untuk menubuhkan sebuah NGO tetapi ia hanya satu idea ketika ini," kata pengerusi kumpulan CIMB dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau juga menafikan berita sebelum ini yang mengatakan beliau akan menubuhkan sebuah parti politik.

Semalam, Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri, juga mengeluarkan satu kenyataan ringkas yang mengesahkan perbincangan sudah diadakan untuk menubuhkan sebuah NGO bagi menggalakkan kesederhanaan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .