» » Najib Razak tidak hadir untuk sesi jelaskan isu 1MDB


Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke Dewan Rakyat untuk sesi penggulungan Kementerian Kewangan mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat menanti untuk menyoal mengenai syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menggantikan beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Husni semasa penggulungan memberi penerangan mengenai aset dan langkah penstrukturan melibatkan 1MDB, khususnya langkah untuk mencairkan aset bagi menampung hutang.

Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyindir Najib dengan bertanya mengapa "pahlawan Bugis" tidak hadir ke Dewan walhal mengatakan sebelum ini beliau tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

"Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan Kedua kerana berani, ini berbeza dengan pahlawan Bugis yang mengatakan 'nothing to hide'," kata Hanipa.

Sementara itu, beberapa ahli Parlimen PR lain juga aktif menanyakan soalan kepada Husni, termasuk wakil rakyat DAP Kluang Liew Chin Tong yang menyoal sama ada skandal 1MDB merupakan punca kejatuhan mata wang negara.

Sementara itu, ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin juga bangkit mempersoalkan beberapa isu mengenai transaksi melibatkan 1MDB, menggesa Husni menjawab dakwaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai skandal di Terengganu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .