» » 'Najib Razak sendiri yang luluskan pembelian hartanah kontroversi di Australia'


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa menegaskan pembelian sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia oleh Mara Incorporated (Mara Inc) dilakukan mengikut proses ditetapkan, malah ia diluluskan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Annuar berkata keputusan pembelian tersebut dibuat pada Mac 2013, namun mengakui pembelian blok pangsapuri itu terlalu tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan.

"Laporan penilaian hartanah yang dilakukan firma antarabangsa mengatakan nilai tersebut lebih tinggi daripada nilai sepatutnya dan kami akan siasatnya.

"Urusan pembelian ini bermula sejak 2012 dan pada Mac 2013 ia dibawa untuk mendapat kelulusan Mara dan seterusnya dibawa ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan perdana menteri untuk mendapat kelulusan," katanya pada sidang media di bangunan Mara pagi jni.

Walaupun ia melalui proses ditetapkan, Annuar berkata tidak mengetahui mengenai harga melambung (inflated price) seperti dituduh akhbar The Age yang berpangkalan di Australia itu.

"Pastinya sudah memenuhi proses itu, tetapi apa yang dibangkitkan berkaitan inflated price itu adalah di luar pengetahuan sehingga ia didedahkan," katanya.

Annuar juga tidak menafikan laporan akhbar tersebut sebaliknya menyifatkan ia sebagai informasi baru kepada Mara dan akan bantu siasatan mereka.

"Kita tidak nafikan tapi kita ambil pendedahan itu sebagai satu informasi baru," katanya.

Cadangan pembelian tersebut sudah melalui semua peringkat kelulusan Lembagai Pengarah Syarikat Mara Inc, Jawatankuasa Panel Pelaburan Mara, Majlis Mara, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kewangan dan seterusnya mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi.

Semalam, The Age dari Australia mendedahkan Mara Inc iaitu anak syarikat Mara menawarkan harga lebih tinggi bagi memiliki bangunan Dudley International House, iaitu daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.

Akhbar tersebut juga melaporkan seorang pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne.

Annuar berkata, Mara sudah memulakan siasatan dalaman namun mengalu-alukan jika pihak berkuasa berkaitan turut serta dalam penyiasatan mereka.

“Jika siasatan ini di luar keupayaan kita, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) perlu siasat sedalamnya.

"Mara akan beri kerjasama sepenuhnya supaya siasatan dapat dijalankan," katanya yang juga ahli Parlimen Ketereh.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .