» » Najib Razak patut ikut cara Sepp Blatter yang letakkan jawatan


Jikalau penasihat 1MDB ingin membuktikan dia masih layak berjawat sebagai perdana menteri, wadah yang betul ialah di Dewan Parlimen, dan bukannya dengan membeli “crowd” motol yang sememangnya tidak peka dan memahami isu-isu yang hebat diperbincangkan masyarakat.

Jikalau penasihat 1MDB ingin membuktikan dia mentadbir secara konsensus, jangan sekali-kali berani mengugut jemaah menteri untuk mengiyakan “bailout” terhadap 1MDB supaya dapat menutup kepincangan di dalam syarikat tersebut.

Ramai masih menyampah kerana sewaktu dana untuk perkhidmataan awam seperti hospital disekat, berbillion-billion pula disediakan kepada syarikat 1MDB di mana pegawainya dibayar gaji berjuta-juta ringgit.

Tetapi penasihat 1MDB kini berlagak seperti Bugis tersepit. Pelbagai skandal dan dokumen rahsia mengenai perjanjian usaha sama dengan syarikat Petro Saudi di mana sebahagian besar dana awam dialihkan kepada syarikat Jho Low tersebar luas di Intenet.

Dalam keghairannya menyelamatkan 1MDB dari dimufliskan maka pelbagai cara diusahakan, dari menjual tanah dengan harga tinggi kepada Tabung Haji, mendapat pinjaman dari Kementerian Kewangan dan meminta tolong dari Ananda Krishnan.

Kini penasihat 1MDB sudah berani mengugut Kabinet dengan ungkapan George W. Bush – “Either your with me or against me!” Begitu terkutuk perbuataannya kerana isu 1MDB ini bukannya isu “national security” yang mewajibkan barisan Kabinet untuk berdiri teguh di sebalik PM untuk berdepan dengan musuh tetapi isu “Najib security.”

Jelas ternyata di dalam tema penubuhan syarikat tersebut, “The Prime Minsiter consent is required for everything.”

Jikalau keupayaan PM memahami tema perjanjiaan setaraf dengan blogger banggang, kenapa pula beban tersebut diletakkan ke atas Kabinet? Biarlah PM yang menaggung akibat kerana masih bertekad nak menjadi Minister of Finance dan 1MDB Adviser dan sekaligus menerima elaun yang lebih besar meskipun prinsip akaun pun tak tahu.

Jangan letakkan najis 1MDB ke atas bahu Kabinet yang tidak langsung bersalah dan tidak pernah menagih apa jua habuan dari Jho Low dan geng sewaktu dengannya.

Kabinet pula jangan bertindak seperti lembu yang dicucuk hidung. Kuasa Barisan Nasional pun seperti dulu. Menang pun disebabkan orang Melayu.

Kemudian 1MDB rembat tanah Melayu, jual kepada orang asing. Suruhlah PM meneladani Sepp Blatter dan berhenti, ambil percutiaan di atas kapal layar Jho Low dan berhenti dari mencipta onar bagai parti dan kerajaan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .