» » 'Najib Razak mesti beri jawapan yang terus terang terhadap persoalan dalam skandal 1MDB'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mesti memberi jawapan yang terus terang terhadap banyak soalan yang menyelubungi 1MDB, bukan setakat berjanji untuk menyelesaikan isu-isu mengenainya, kata pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang.

Rakyat Malaysia, katanya, tidak mahu Najib menjadi ahli silap mata seperti David Copperfield dengan hanya menggulung dan membubarkan 1MDB untuk mendakwa bahawa tidak ada lagi kontroversi 1MDB kerana ia tidak lagi wujud.

Tetapi, katanya, beliah hendaklah bertanggungjawab terhadap semua isu dan skandal berkaitan 1MDB, termasuk yang dilepaskan kepada entiti yang lain sekiranya berlaku penggulungan dan pembubaran 1MDB.

"Rakyat Malaysia mahu jawapan yang terus terang daripada perdana menteri: Apakah Najib memberi aku janji kepada negara bahawa beliau dan semua menteri beliau akan meletak jawatan dan bersara daripada politik jika skandal 1MDB dan isu-isu berkaitan 1MDB tidak dapat diselesaikan menjelang akhir tahun?" tanya veteran DAP itu.

Beliau mengulas laporan mengenai jaminan Najib kepada Umno bahagian semalam bahawa beliau akan menyelesaikan masalah 1MDB sebelum akhir tahun.

PM bagaimanapun tidak menjawab soalan dari kedua belah parti politik berhubung banyak pendedahan berkaitan transaksi kewangan 1MDB, beban hutangnya yang besar dan hubungannya dengan ahli perniagaan Jho Low.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .