» » 'Najib Razak khianati rakyat Malaysia bila sembunyikan kenaikan tol'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkhianati rakyat apabila cuba menyembunyikan berita kenaikan‎ harga tol, kata Sim Tze Tzin.

Penga‎rah strategi PKR itu berkata, hakikatnya Putrajaya selama ini mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan kontrak konsesi tol yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kerajaan seharusnya telus dalam semua dasar dan polisi kerajaan termasuk kenaikan tol.

"Sebarang cubaan menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan rakyat adalah satu bentuk pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Najib semalam dilaporkan berkata, ‎pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya mengkhianati kepercayaan diberi kabinet kerana ia masih belum dimuktamadkan.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur malam tadi, katanya perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, syarat kontrak tol amat ‎memihak kepada syarikat konsesi yang kebanyakannya terdiri daripada kroni Umno dan BN sehingga menyebabkan rakyat tertekan dengan kenaikan tol setiap 2 tahun.

Beliau juga meramalkan Putrajaya akan menggunakan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk dibayar kepada syarikat tol bagi mengelakkan kemarahan rakyat.

Katanya, ‎Putrajaya perlu berterus terang kepada rakyat sama ada hasil kutipan GST yang melebihi RM6 bilion sejak dua bulan lalu akan dibayar kepada syarikat konsesi tol.

"Janji perdana menteri adalah berterus terang tentang penggunaan wang kutipan GST," katanya.

Katanya, Putrajaya juga perlu mendedahkan kontrak konsesi jika mahu menggunakan wang GST.

"Biar rakyat tahu wang GST yang mereka bayar digunakan, di mana dan bagaimana.

"Pembayar GST menuntut ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan cukai GST," katanya.

Laporan akhbar tempatan sebelum ini menimbulkan spekulasi kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .