» » Najib Razak gunakan Akta Rahsia untuk sembunyikan jumlah hutang sebenar 1MDB


Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berkata butiran hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan ialah rahsia.

Putrajaya enggan mendedahkan butiran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan bank-bank tempatan atas alasan ia rahsia di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Keengganan itu dinyatakan dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) di Parlimen.
Azmin meminta Putrajaya menyenaraikan hutang 1MDB dengan bank tempatan dan kesannya kepada bank berkenaan jika hutang itu dikelaskan sebagai “non-performing loans”.
“Semua maklumat berkaitan peminjaman di institusi perbankan adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.
“Oleh yang demikian kerajaan tidak dapat memberi ulasan secara khusus berkaitan sesuatu akaun peminjam atau institusi kewangan di bawah seliaan BNM,” jawapan Najib.

Bijak Najib kalau ada persoalan dari rakyat guna akta rahsia. Jadi dengan adanya akta rahsia ni patut la Najib Rosmah dan keluarga boleh guna duit rakyat sesuka hati .



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .