» » Maya "Matahari" mahu kunci mulut berkaitan masalah rumah tangga


Pelakon dan penyanyi Maya mengambil pendekatan untuk mengunci mulut mengenai status rumah tangganya kerana menganggap ia bukan masa yang sesuai untuk bercerita hal itu.

Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 39, berkata, dia akan mendedahkan mengenai pertanyaan itu apabila tiba masanya nanti sebagai menghormati keadaan ibunya yang menghidap strok.

"Saya tidak mahu menyukarkan keadaan ketika ini jadi biarlah saya mengunci mulut dulu kerana nanti bila sudah sampai masa biarlah saya sendiri akan umumkan.

"Sebenarnya ia amat amat rumit untuk dijelaskan dengan keadaan mak yang sakit jadi biarlah saya kunci mulut buat sementara waktu supaya dia tidak susah hati memikirkan masalah yang dihadapi," katanya .

Dalam pada itu, Maya berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan hal rumah tangganya tetapi ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

Dia juga enggan hal berkenaan akan memudaratkan lagi penyakit dihadapi oleh ibunya apabila akan ada orang datang untuk bertanyakan hal tersebut.

Dalam perkembangan lain, Maya bakal muncul dengan single terbaharu bertajuk Setia yang akan dilancarkan pada tahun ini.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .