» » 'Laporan Interim 1MDB tidak akan didedahkan kepada umum'


Laporan interim Ketua Audit Negara terhadap syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijangka siap pada akhir bulan ini, tidak akan didedahkan kepada umum.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, laporan itu hanya akan dikemukakan kepada komiti jawatankuasa bi-partisan untuk penelitian, sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan terhadap syarikat pelaburan negara sarat hutang itu.

"Saya diberitahu oleh ketua audit negara hari ini, beliau sudah bersedia untuk membentangkan laporan interim 1MDB pada akhir bulan ini.

"Selepas itu, ia akan dibentangkan kepada PAC," katanya selepas taklimat dengan ketua audit negara rentetan pembentangan siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2015 hari ini.

Beliau berkata laporan interim tidak akan diedarkan kepada semua ahli Parlimen persekutuan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .