» » Kerajaan akui tiada kuasa paksa telco serap GST



Kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas perkhidmatan prabayar telefon bimbit tidak boleh dielak kerana Putrajaya tidak mempunyai kuasa memaksa syarikat telekomunikasi (telco) menyerap cukai kepenggunaan tersebut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas syarikat telco supaya mereka menyerap GST.

"Ia boleh kalau ada undang-undang memaksa ia boleh. Tetapi bukan dalam kapasiti saya memaksa mana-mana syarikat menyerap GST," katanya di Dewan Rakyat semasa sesi pengulunggan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) hari ini.

Malah, Shabery juga menegaskan tidak ada negara dalam dunia yang memperkenalkan GST boleh memaksa syarikat menyerap cukai tersebut.

"Misalnya, Mydin pernah kata akan menyerap GST, tetapi sebulan selepas itu, dia tidak akan serap lagi, apakah kita boleh ambil tindakan undang-undang?

"Kita tidak ada peruntukan undang-undang untuk memaksa. Seluruh dunia tidak ada peruntukan untuk paksa mana-mana industri untuk menyerap GST," kata Shabery lagi.

Kemelut melibatkan kad nilai prabayar tercetus apabila Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada awalnya berkata, tindakan akan diambil terhadap syarikat telco yang mengenakan GST ke atas pengguna.

Bagaimanapun, Jabatan Kastam kemudiannya memutuskan caj GST pada kad nilai prabayar tetap akan dikenakan.

Susulan kekeliruan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan hanya Shabery sahaja yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Shabery kemudian mengumumkan kaedah pengiraan kadar GST prabayar telefon bimbit akan dilanjutkan dalam perbincangan dengan syarikat telco, dan proses itu akan mengambil masa 6 bulan.

Dalam pengumuman tersebut, Shabery juga mengatakan cukai GST ke atas perkhidmatan prabayar telefon akan dikenakan berdasarkan penggunaan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .