» » 'Karut jika tuduhan liar dijadikan asas siasatan 1MDB'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan bertindak menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan tuduhan tidak berasas semata-mata.

Menurutnya, tindakan gopoh menyiasat bagi mendapat jawapan segera tidak masuk akal.

"Adakah wajar kerajaan bertindak dan mendakwa berdasarkan tuduhan liar dan pendedahan tabloid? Ini mengarut," katanya menerusi ruang Soalan Lazim 3 di blognya, NajibRazak.com.

Justeru, beliau menggesa orang ramai memberikan ruang secukupnya kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk menyiasat 1MDB.

Menurut Najib, beliau juga mahu siasatan segera diselesaikan namun beliau percaya dua badan itu perlukan masa untuk menyiasat 1MDB dengan sempurna.

"Saya juga mahu jawapan segera tetapi jika kita tidak membenarkan pihak berkuasa membekalkan maklumat dengan cara yang baik dan berlandaskan undang-undang, bagaimana kerajaan akan bertindak terhadap sesiapa yang didapati bersalah?" katanya.

Menurutnya lagi, sehingga kini tiada bukti ada mana-mana individu "dirompak" dalam kontroversi 1MDB ini.

"Adakah ini bermakna kita perlu menyebarkan khabar angin dan menggulingkan pemimpin negara jika jawapan segera tidak diberikan, dan tidak mendapatkan gambaran sebenar?" katanya.

Menurut Najib, lambakan tuduhan yang dihamburkan kepada 1MDB menyebabkan hampir mustahil untuk 1MDB menjawabnya tanpa jawapan mereka diputar belitkan.

"Maka kerana itu pertanggungjawaban penuh diperlukan untuk mengelak salah nyata atau putar belit," katanya.

Beliau juga menjelaskan beliau tidak mengetahui sebarang dakwaan pembersihan wang haram dalam 1MDB seperti didakwa beberapa pihak.

"Jika ada sesiapa didapati bersalah membersihkan wang haram, mereka akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .