» » 'Jika ZAKAT DITADBIR DENGAN BAIK di Malaysia pastinya orang miskin tidak perlu meminta-minta lagi'


Masyarakat Melayu tidak perlu bergantung kepada ihsan kerajaan dan bersikap meminta-minta sekiranya kutipan zakat diurus dengan baik, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Katanya, isu ketidakadilan antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini tidak timbul sekiranya hasil zakat ditadbir sebaik mungkin.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, kutipan zakat yang dikendalikan majlis agama Islam negeri masing-masing berjumlah berbilion ringgit.

"Kalau ia diurus dengan baik, soal kedudukan orang Melayu tidak timbul. Mereka boleh hidup sendiri, tidak perlu meminta-minta.

"Orang Melayu sekarang bergantung ihsan kerajaan. Ini sesuatu yang tidak adil kerana mereka mendapat kedudukan istimewa di atas ihsan yang dibayar orang bukan Islam," katanya pada satu majlis di Kuala Lumpur malam tadi.

Ditanya sama ada institusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu dibubarkan kerana dikatakan hanya bijak mencari kesalahan serta menjatuhkan hukum ke atas sesuatu perkara secara membuta tuli, Aziz berkata ia bukan penyelesaiannya.

Katanya institusi berkenaan tidak seharusnya dibubarkan atau dihapuskan tetapi sebaliknya wajar diperbetulkan supaya dapat berjalan dengan baik.

"Ia tidak harus menjadi alasan untuk kita menghapuskannya. Kalau kita hapuskan, apa gantinya?" soalnya sambil menambah, institusi berkenaan masih diperlukan dan membawa manfaat kepada golongan tertentu.

"Walaupun kita tahu yang menguasai jabatan atau institusi berkenaan itu ada yang macam syaitan, kita perlu ambil pendekatan yang waras.

"Tidak patut mansuhkannya. Ada orang yang bergantung kepada agensi itu untuk dapat maklumat. Kita marah juga, tetapi kena waras.

"Macam di tempat lain juga, mungkin mereka tidak selesa dengan sistem yang ada, tetapi adakah sistem baru akan menjamin perkara yang kita tidak suka itu dapat dinyahkan?" soalnya.

Aziz berucap demikian pada satu forum dan majlis pelancaran buku Wan Ji Wan Hussin bertajuk "Ulama yang Bukan Pewaris Nabi" oleh Nurul Ilham Anwar.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .