» » 'Hanya 3 cawangan UMNO setakat ini mahu Najib Razak berundur'


Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo mendakwa hanya satu sepanduk yang dipasang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berundur di kawasan itu dan ia sudah pun ditanggalkan.

Beliau berkata, sepanduk berkenaan hanya dipasang sekitar 40 minit oleh 3 ketua cawangan kawasan itu bertujuan untuk dihebahkan di media sosial.

"Ini golongan manusia yang orang buat apa saja tak betul, mereka saja yang betul. Tak mengapa, majoriti di Ampang tetap bersama perdana menteri.

"Banner ini satu dan sudah ditanggalkan. Mereka sengaja pasang, ambil gambar lepas itu dibuka," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sepanduk berkenaan disiarkan media sosial yang tertera: "Mendesak dan meminta Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan presiden Umno dan meletakkan jawatan perdana menteri dengan segera.

"Hidup Umno, Hidup Tun Dr Mahathir," slogan yang ditulis di bawah sepanduk itu yang turut tertera logo Umno dan gambar Dr Mahathir.

Sepanduk berkenaan dipercayai dinaikkan oketua Umno Cawangan Pinggir Satu Jaya, ketua Umno Cawangan Fasa 5 dan ketua Umno Cawangan Pangsapuri Kampung Tasek Tambahan, Ampang.

Ismail berkata, tiga ketua cawangan itu digolongkan sebagai kumpulan terpinggir dan mengundang kemarahan majoriti ahli Umno kawasan Ampang.

Katanya, Umno Ampang sudah membuat tinjauan mana-mana cawangan yang tidak menyokong kepimpinan Najib tetapi tiada cawangan yang tampil bersuara.

“Majoriti cawangan di Ampang marah dengan mereka. Apa saja kita buat program, mereka tak mahu terlibat.

“Kami menyokong 100% pada perdana menteri, tiada siapa yang bantah tetapi apabila kami dah buat kenyataan, mereka buat hal begini.

“Itu hanya tiga cawangan. Semua mereka yang bertanding di peringkat bahagian yang tak berjaya, yang kalah. Yang tak dapat sokongan," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .