» » Elak jawab soalan berkaitan peranan Jho Low dalam skandal 1MDB


Tidak perlu membuat Jho Low glamor, merupakan jawapan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika ditanya mengenai penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau juga berkata, tidak ada cara untuk mengesahkan jika Good Star Limited dikawal ahli perniagaan itu, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

"Saya tidak mahu sebut Jho Low, kerana, apa gunanya mempopularkan namanya.

"Semua ini adalah daripada laporan media, dan saya sudah menjawabnya di Parlimen mengikut Standing Orders, kita tidak boleh membincangkan kenyataan daripada media kerana ia tidak berasas," katanya dalam satu temu bual di TV1 bertajuk “1MDB - Di mana wangnya?” malam tadi.

Laman sesawang pendedah maklumat, Sarawak Report melaporkan pada bulan Mac lalu Low menggunakan PetroSaudi sebagai “topeng” untuk membawa keluar AS$700 juta daripada PetroSaudi International, sebuah usaha sama antara Petro Saudi dan 1MDB.

Laman sesawang yang berpangkalan di UK itu mendakwa Low mengatur usaha sama antara Petro Saudi dan 1MDB menyebabkan 1MDB terpaksa membayar semula wang kepada PetroSaudi.

Dana itu yang akhirnya beralih ke sebuah syarikat yang dikuasai Low, dikenali sebagai Good Star Limited.

Husni berkata di televisyen nasional hari ini, memandangkan Good Star dimiliki Petro Saudi, dan syarikat itu meminta pinjaman tersebut dibayar pada Good Star, mereka hanya perlu mematuhiya sahaja.

"Dan kemudian media melaporkan bahawa Good Stad dimiliki oleh Jho Low, bagaimana kita dapat mengesahkannya?

"Kita dapat semula pelaburan awal kita USD1 bilion dan pulangan daripada usaha sama itu, jadi tidak ada isu Jho Low dalam hal ini," katanya.

Ia mendorong moderator dalam temu bual itu mengajukan soalan yang dipaparkan di Twitter kepada menteri tersebut yang mengenai sesi dialog dengan ahli politik DAP Tony Pua, yang meminta menteri menjelaskan mengapa USD1.2 bilion dibayar kepada Good Star milik Low.

Husni menjawab dengan mengatakan: "Kenyataan beliau tidak benar, apa yang dilaporkan dalam media merupakan AS$700 juta, jadi dari manakah AS$1.2 bilion itu datang.

"Kita tahu setiap kali pembangkang mengatakan sesuatu, banyak yang tidak betul,"

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .