Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mencabar Menteri Wanita iaitu Rohani Abdul Karim untuk mencuba sendiri menyara kehidupan beliau dan keluarganya dengan gaji RM900 sebulan sebelum cuba menyakinkan rakyat yang gaji RM900 tu cukup untuk menampung kualiti hidup mereka pada masa kini .
Kenyataan Rohani sebelum ini yang menyatakan wanita di Malaysia supaya tidak perlu bimbang dengan kualiti kehidupan mereka dan ada anak yang ramai kerana gaji RM900 itu cukup untuk menampung kehidupan mereka .
Zuraida percaya wanita terutamanya perlu ada kehidupan yang stabil dan pendapatan yang mencukupi jika ingin memillki anak yang ramai .
No comments: