Duit Tabung Haji dikhabarkan , digunakan sebagai "bail-out" atau untuk menyelamatkan 1MDB yang menangung hutang yang besar , dengan membeli 2 lot tanah di Tun Razak Exchange pada harga RM772 juta , menggunakan wang yang disimpan dalam Tabung Haji.
Dokumen dibawah juga memaparkan Tabung Haji perlu membayar RM2,860 sekaki persegi (RM194 juta) buat lot tanah pertama dimana kelulusan Menteri dalam masa kurang 2 minggu dan wang pembelian harus di bayar kepada 1MDB secara penuh.
Mengapa Tabung Haji perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi , atau 5000%-6500% lebih tinggi untuk sekeping tanah Kerajaan dengan wang pendeposit Tabung Haji?
Pada dasarnya 1MDB dapat Lot 1 untuk RM4 juta daripada Kerajaan dan kini , Tabung Haji pula perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.
Lebih mengejutkan , setiap transaksi berkenaan juga dikenakan GST 6% !
Untuk Lot 2 , 1MDB sebelum ini membeli dengan harga hanya RM8.9 juta .
Untuk Lot 2 , 1MDB sebelum ini membeli dengan harga hanya RM8.9 juta .
Tabung Haji pula diperah untuk membeli lot tanah ini dengan harga RM578 juta.
Jika berita ini benar , maka memang bencana akan melanda Malaysia tidak lama lagi , sama-sama kita tunggu kesahihannya .
No comments: