» » Pakai hitam esok sebagai protes terhadap kerajaan MINORITI dan angkuh Najib Razak


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) bersama Gerakan Anti-GST menyeru semua rakyat Malaysia berpakaian hitam esok sebagai tanda menolak keangkuhan kerajaan minoriti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kempen yang dinamakan Ops Hitam 505 itu juga bertujuan membantah tangkapan, tahanan dan gangguan terhadap para pemimpin dan peserta perhimpunan aman pada 1 Mei di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

"Kami memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya berpakaian hitam atau memasangkan reben atau kain hitam di kenderaan, bangunan atau benda peribadi pada 5 Mei sebagai tanda menolak provokasi angkuh kerajaan minoriti Najib.

"Rakyat mesti menjawab penindasan dengan penentangan. Kalau tidak, kehidupan rakyat akan semakin susah dizalimi oleh kezaliman kerajaan minoriti Najib, polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bersih 2.0 berkata, selain tanda solidariti dengan mereka yang menjadi mangsa penganiayaan polis, Ops Hitam 505 juga mewakili tiga tuntutan rakyat.

Katanya, tiga tuntutan itu ialah pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penghapusan penipuan dalam pilihan raya terutamanya dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak, Sabah dan Semenanjung serta penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan mempolitikan polis.

"Kami berharap esok seluruh rakyat akan mewujudkan satu lautan hitam di setiap pelusuk negara, terutamanya di Permatang Pauh dan Rompin di mana rakyat berpeluang menyatakan pendirian dengan kertas undi.

"Ini adalah untuk menunjukkan penolakan rakyat terhadapat GST, pilihan raya yang kotor dan negara polis," katanya.

Sementara itu, DAP menyeru semua ahlinya menyokong kempen Ops Hitam 505 yang dianjurkan Bersih 2.0 itu sebagai tanda bantahan terhadap mereka yang ditahan ketika Himpunan Hari Pekerja lalu.

Setiausaha organisasi kebangsaannya, Anthony Loke berkata, selain bersolidariti dengan mereka yang ditahan dalam himpunan 1 Mei itu, DAP juga menyokong usaha menekan kerajaan untuk memansuhkan GST, pilihan raya yang lebih adil dan penubuhan IPCMC polis.

"Mari kita jadikan bantahan ini sebagai peringatan kepada Barisan Nasional (BN) dan Najib bahawa rakyat dinafikan Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan persekutuan yang mendapat undi 52% dalam pilihan raya umum (PRU) dua tahun lalu.

"Mari kita ingatkan Najib yang beliau bukan sahaja perdana menteri kerajaan minoriti tetapi gagal memimpin dalam setiap aspek urus tadbir negara sejak dua tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loke berkata Najib perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat dengan membubarkan Parlimen.

Katanya, ia mungkin langkah terbaik mengembalikan negara ke arah haluan yang betul.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .