» » Najib Razak dan Rosmah Mansor berjimba dengan lagu Pretty Woman


Tidak salah sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor tampil ke atas pentas untuk berhibur dalam acara perkahwinan anak mereka sendiri, kata seorang pegawai kepada perdana menteri.

Rizal Mansor berkata sebelum sesi memotong kek, pengacara majlis menjemput Najib, Rosmah, anaknya Nooryana Najwa serta besan mereka tampil ke pentas bagi acara itu.

Bagaimanapun, katanya, pengacara majlis itu memainkan lagu ‘Pretty Women’ terlebih dahulu dan meminta mereka menari bersama kerana ia sebahagian dari budaya Kazakhstan.

"Pengacara panggil keluarga lelaki, jemput (keluarga Najib) naik atas pentas. Takkan nak jadi orang yang lurus (bendul), jadi (naik pentas) ikut sedikit sebanyak budaya mereka.

"Sebelum potong kek pengacara majlis bagi seronok sikit, pasang satu lagu, show that you happy. Kalau keras (kaku) je, nampak tidak gembira pula tengok anak dia kahwin,” kata Rizal ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 17 hingga 19 April lalu, seramai 250 tetamu dari Malaysia diterbangkan ke Kazakhstan bagi bertandang majlis perkahwinan Nooryana Najwa ke negara suaminya, Daniyar Kessibayev di Almaty, Kazakhstan.

Beberapa hari selepas itu, satu video yang menunjukkan Najib, Rosmah, Nooryana, Daniyar serta beberapa orang lagi menari di atas pentas telah tersebar di media sosial.

Video klip berdurasi 1.18 minit itu dikatakan telah dirakam ketika majlis itu.


Rizal berkata adalah menjadi kebiasaan dalam majlis perkahwinan Melayu terdapat acara tarian seperti joget lambak dan tidak menjadi sesuatu yang aneh jika Najib menari di perkahwinan anaknya.

"Majlis orang lain penuh dengan joget lambak pun orang tak bisingkan," kata Rizal yang telah enam tahun berkhidmat dengan Najib.

"(Tidak ada masalah) lagipun beliau (Najib) menari dengan isteri dan anak beliau," katanya lagi.

Ditanya siapa yang menyebarkan video tersebut, Rizal berkata: "Saya tak tahu, saya tidak (mahu) menuduh tetapi perkara sudah berlaku. Saya nak tuduh sesiapa tidak menyelesaikan masalah."



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .