» » Hakim ada hubungan dengan pemimpin PKR perlu tarik diri dari kes berkaitan NFC

Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob perlu menarik diri daripada mendengar kes membabitkan Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana kaitan kekeluargaan dengan Nik Nazmi Nik Ahmad, kata Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.

Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) itu berkata, Rozina pernah menarik diri daripada mendengar kes Nik Nazmi yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas dimaklumkan bapanya yang mereka mempunyai talian persaudaraan.

Katanya, di dalam PKR, Nik Nazmi, ketua Pemuda PKR yang juga pengarah komunikasi parti itu, melapor kepada Rafizi yang juga setiausaha agung PKR.

"Disebabkan ini, peguam negara dan timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes Bafia Rafizi perlu dimaklumkan untuk memfailkan penarikan diri kerana berlakunya konflik kepentingan dan ketidakadilan.

"Peguam saya menasihatkan, walau apa jua keputusan yang dibuat hakim Rozina di penghujung kes, seluruh integriti perbicaraan itu akan dipertikaikan, terutamanya hubungan keluarga antaranya dengan Nik Nazmi," kata Salleh.

Rozina pada Mei 2013 menarik diri daripada mendengar kes Nik Nazmi atas alasan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh, dan memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen lain.

Pendengaran kes Rafizi ditetapkan Rozina pada 15 Mei ini yang memohon merujuk kepada Mahkamah Tinggi mengenai tiga persoalan berkaitan perlembagaan dengan dakwaan kes yang dihadapinya di bawah Bafia 1989.

Rozina menolak bantahan awal yang dikemukakan pendakwaraya terhadap permohonan ahli Parlimen Pandan itu.

Rafizi bersama bekas kakitangan Public Bank Berhad, Johari Mohamad, ditahan dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 1 Ogos 2012 kerana melanggar Seksyen 97 (1) Bafia dan boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara, denda RM3 juta, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .