» » Buat demo bantah GST dalam hujan lebat di Rompin


Protes yang berlangsung di persimpangan Lebuh Kota, berhampiran tasik Muadzam Shah itu menyaksikan sekitar kurang 50 orang itu bermula tepat jam 5 petang, sambil peserta protes membawa sepanduk bertulis "Golongan Susah Tertindas", "Dari BR1M ia datang kepada GST ia kembali", "Rakyat Sendiri Bayar GST", serta banyak lagi. 

Peserta protes turut kelihatan memegang gambar calon PAS, Nazri Ahmad, yang akan bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin di kerusi Parlimen tersebut.

Nazri turut dilihat berada di lokasi protes sekitar 5 minit.

Turut kelihatan dalam protes tersebut ialah Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan yang sempat bersama peserta protes sekitar 5 minit, sebelum meninggalkan kumpulan berkenaan.

Protes besar-besaran GST diadakan di ibu negara pada 1 Mei, ketika sambutan Hari Pekerja semalam dan menyaksikan puluhan peserta, termasuk peguam dan pemimpin politik dari Pakatan Rakyat (PR) ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nasruddin ketika ditanya respon berkenaan kemungkinan peserta demonstrasi di Muadzam Shah ini akan menerima nasib yang sama seperti rakan mereka di ibu negara hanya tersenyum, dan berkata perkara itu tidak menjadi masalah buat dirinya.

"Takpelah, itu kerja dia (polis), kerja kita demo," katanya.

Turut kelihatan dalam protes tersebut adalah anak-anak muda lelaki dan wanita, berbaris sepanjang jalan diselangi dengan pemandu yang melalui kawasan jalan utama itu membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan.

Antara pemimpin politik dan aktivis protes bantah GST yang dipanggil polis ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli sekretariat #KitaLawan Fariz Musa, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan dan pegawai sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh.

Selain itu, bekas pengerusi bersama Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan turut ditahan polis ekoran menyertai himpunan tersebut.

Bagaimanapun, Ambiga, Arutchelvan dan Loke dibebaskan petang tadi selepas semalaman bermalam di lokap.

PRK Rompin dijadualkan berlangsung pada 5 Mei depan, selepas penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam nahas helikopter di Semenyih, bulan lalu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .