» » 'Waspadalah kerenah isteri anda jika tidak mahu dibenci oleh rakyat'


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan peringatan kepada pemimpin Malaysia agar berwaspada dengan kerenah dan muslihat isteri masing-masing , jika tidak mahu dibenci rakyat , seterusnya menghancurkan masa depan kerjaya politik mereka.

Peringatan itu dimuat naik di laman Facebook miliknya Jumaat lepas di bawah tajuk "Wanita dan pengaruhnya terhadap lelaki". 

Bagaimanapun, tidak jelas ia ditujukan kepada sesiapa walaupun Asri menggunakan gelaran "first lady" (wanita pertama) dan memetik beberapa nama isteri pemimpin dunia.

Komen Asri itu dibuat beberapa hari sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dikritik Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya , di mana bekas perdana menteri itu mendakwa pasangan itu mengamalkan "gaya hidup bermewah-mewah".

"Dalam negara tertentu, karenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara.

"Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

"Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa.

"Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka," tulis Asri.

Beliau turut menjelaskan, perkataan Arab iaitu "kaid" yang digunakan di dalam Al-Quran bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat.

Menurut Asri, wanita yang menjaga kelakuannya pula akan mampu mengangkat martabatnya sendiri di samping mengubah kehidupan buruk seorang lelaki.

"Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki.

"Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita.

"Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya," tulis Asri yang dilantik semula sebagai mufti Perlis buat kali kedua awal tahun ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .