» » 'Tak adil gantung Sirul Azhar jika dia mengikut arahan'


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa supaya polis mengenal pasti pesalah di sebalik pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dengan mengatakan ia “sangat tidak adil” bagi Korporal Sirul Azhar Umar untuk digantung hanya kerana mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata, Sirul sepatutnya dibenarkan untuk menyatakan kesnya, kerana dia sudah pun mengatakan dia tidak membunuh Altantuya atas kehendaknya sendiri.

“Dia (Sirul) sudah katakan ia bukan kehendaknya sendiri. Dia diarahkan untuk melakukannya, jadi soalan yang sepatutnya ditanya lama dahulu adalah siapa yang mengarahnya?” kata Dr Mahathir pada sebuah forum di Cyberjaya, hari ini.

“Hingga kini, masih tidak melihat tanda-tanda tentang orang yang memberikan arahan tersebut. Dia sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyatakan kesnya kerana jika tidak dia akan digantung sampai mati.

“Itu sangat tidak adil, dia hanya mengikut arahan.”

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .