» » Pusat Anak Permata diperluas ke seluruh Malaysia


Pusat Anak Permata Negara (PAPM) akan diperluaskan ke seluruh negara bagi membolehkan setiap kanak-kanak mendapat manfaatnya, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sehingga kini, terdapat 88 buah PAPM dengan 2,317 pelajar dan 468 tenaga pendidik yang terlatih dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak.

"PAPM akan diadakan di setiap kawasan Parlimen dengan pembinaan pusat itu dianggarkan bernilai RM800,000 hingga RM1 juta melibatkan alat bantuan mengajar dan peralatan lain yang sesuai dengan program yang akan diadakan", katanya.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah Pusat Anak Permata dan peruntukan yang dibelanjakan untuk projek itu.

Shahidan berkata, sebanyak RM51.24 juta diperuntukkan bagi tujuan pengurusan dan pengoperasian 88 buah PAPM kini melibatkan pembayaran emolumen tenaga pendidik, Program Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni, Perkasa Remaja dan Permata Kurnia.

Jelasnya, PAPM yang baharu akan dibina di beberapa kawasan termasuk Kuala Krai dan Gopeng.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .