Sistem percukaian yang diperkenalkan sistem ekonomi Barat menyebabkan kita hilang rasa kebergantungan kepada Allah secara beransur-ansur. Contohnya, beberapa hari lepas kita dilanda dengan satu wabak yang bernama GST, satu cukai yang melatari semua peringkat, baik di mana kita berada dan siapa pun kita, kita tidak terlepas untuk mengelaknya.
Apabila kita dibebankan dengan satu lagi sistem percukaian yang baru, walaupun sudah diumumkan perdana menteri dalam pembentangan Belanjawan RMK11 ia akan dilaksanakan pada 1 April, tempoh yang agak lama untuk mempersiapkan pelaksanaan cukai ini menunjukkan titik lompang dan kosong sewaktu pelaksanaan cukai ini kemudiannya.
Belanjawan RMK11 dibentangkan pada hujung 2014, dan cukai ini dilaksanakan pada 1 April 2015, maksudnya sudah 4 atau 5 bulan sebelum ia dilaksanakan. Dalam ucapannya, perdana menteri berkata sebelum ia dilaksanakan, pelbagai fasiliti dan persediaan untuk menjalankan cukai ini akan diperhalusi dan dipersiapkan.
Malangnya sewaktu 1 April 2015 , berlaku keadaan kacau-bilau dan tunggang-langgang melanda rakyat kerana seolah-olah peniaga tidak peka dan tidak tahu manakah barangan yang perlu dikenakan GST, dan manakah barangan yang tidak perlu dikenakan GST.
Syarikat telekomunikasi juga tidak terlepas mengalami keserabutan kerana pada peringkat permulaan, mereka mengenakan caj GST terhadap sistem khidmat perhubungan, kemudian ia dibantah Datuk Ahmad Maslan tetapi kemudiannya GST dikenakan semula syarikat telekomunikasi. Saya tidak tahu bagaimana Ahmad dan syarikat telekomunikasi berbincang sehingga mendapat kata persetujuan sebegitu.
Isu yang saya ingin utarakan ialah bila mana sistem cukai yang baru dikenakan dalam kadar yang tinggi, ditambah dengan sistem percukaian sedia ada, disertai pula keadaan kos sara hidup meningkat, ia akan membuatkan manusia terus berfikir, "aku perlu mencari lebih banyak duit untuk terus hidup, kalau aku tidak ada banyak duit, aku tidak boleh hidup dengan baik dan selesa".

Pemikiran ini boleh menyebabkan manusia akan berfikir duit matlamat segala-galanya sehingga manusia akan sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan duit dan hidup yang selesa.
Tidak hairanlah kalau ada manusia yang sanggup kerja lebih masa tetapi lupa tanggungjawab mereka kepada Allah. Wang menjadi Tuhan baru manusia kerana mereka menganggap jikalau tiada duit, mereka tidak mampu hidup.
Sistem ekonomi sebegini menyebabkan manusia akan lebih jauh daripada Allah dan tidak mengenali Allah sebagai Ar Razaq, Tuhan yang maha memberikan rezeki. Kita tidak akan merasa gaji atau keuntungan yang diperoleh di hujung bulan itu datang daripada Allah sebagai rezeki kita, tetapi kita menganggap ia hasil usaha kita semata-mata, mengetepikan rasa kita bertuhan kepada Tuhan yang maha memberikan rezeki kepada hamba-Nya.

Malah kadang-kadang terbit rasa khuatir dan risau kalau kita ingin menyumbang infak atau sedekah kerana itu duit "hasil titik peluh kita, buat apa kongsi dengan orang lain", takut-takut kalau kita infak dan sedekah, kita akan keputusan duit sebagai sumber hidup kita.
Sistem ekonomi Islam menjamin hak peribadi dan hak umat yang lain, tidak bersifat ananinya (egoistik) dalam perlumbaan untuk menguntungkan diri sendiri saja. Di sana ada zakat yang pelbagai jenis di mana ia perlu ditunaikan kepada asnaf yang tidak mampu dalam menjalani kehidupan mereka.

Di sana juga ada sedekah dan infak untuk golongan yang memerlukan. Di sana juga ada hibah yang menggembirakan hati umat Islam yang lain. Wakaf juga boleh diadakan bagi membantu pembangunan umat Islam.
Dalam sirah nabawiyah dan khilafah Islamiah, konsep Ihya Al Mawat diperkenalkan bagi membolehkan rakyat berdikari mengusahakan tanah yang dimiliki kerajaan, bila mana ia tidak lagi digunakan, tanah itu dikembalikan kepada rakyat. Kerajaan Islam pun untung, rakyat pun dapat kutip hasil mereka dengan baik melalui pertanian.
Tujuannya semua sama, rezeki dan keuntungan yang diperoleh dikongsi bersama saudara seakidah. Yang kuat tolong yang lemah, yang kaya menolong yang miskin.
Ada dalam kalangan ulama yang mengharuskan cukai tetapi mengenakan syarat yang ketat sebelum ia dikenakan, antaranya Imam An Nawawi dan Imam Al Ghazali, dan ada juga ulama yang melarang keras pengambilan cukai daripada rakyat walau dalam apa jua keadaan sekalipun seperti Imam Al Juwaini.

Antara syarat yang mengharuskan cukai dikutip ialah sistem zakat dijadikan sistem utama dalam sektor ekonomi dalam sesebuah negara. Di samping itu, cukai hendaklah dijalankan dalam tempoh tertentu saja (temporary not permanent) sehingga keadaan darurat sebuah negara itu sudah pulih.
Selain itu, para pemimpin dan pekerjanya hendaklah mendahulukan harta mereka diambil terlebih dulu untuk menampung masalah ekonomi negara. Jikalau tidak cukup, baru rakyat boleh dikenakan cukai seperti fatwa Imam An Nawai terhadap Sultan Zaher Bebrus, sultan kerajaan Mamalik yang diserang tentera Tartar.

Tetapi persoalan saya, adakah sistem zakat pada hari ini benar-benar menjadi sistem utama ekonomi negara? Kita menyaksikan kutipan zakat naik setiap tahun malah diumumkan dalam media dan khutbah Jumaat, tetapi kenapa masih ramai golongan miskin dan gelandangan? Silap sistem zakat atau silap urus wang zakat?
Pernah suatu hari seorang wanita yang sudah berkahwin datang bertemu Rasulullah meminta agar dia dihukum kerana dia berzina dengan lelaki lain. Rasulullah menyuruhnya pulang, wanita itu datang bertemu lagi Rasulullah sebanyak 4 kali meminta agar dihukum, sedangkan ketika itu dia sedang mengandung.

Baginda menyuruhnya datang semula selepas dia bersalin. Selepas wanita itu bersalin, wanita itu mendatangi semula baginda untuk meminta agar dia dihukum, baginda menyuruhnya menyusukan anaknya itu sehingga cukup 2 tahun. Selepas cukup 2 tahun, wanita itu datang semula kepada baginda meminta untuk dihukum, lalu Rasulullah mengumpulkan para sahabat dan memaklumkan kepada mereka siapa yang sanggup mengambil menjaga anak wanita tersebut sebelum wanita itu dihukum rejam.
Sewaktu hukuman itu dilaksanakan, ada dalam kalangan sahabat mencerca dan mencemuh wanita itu kerana berzina sedangkan dia sudah berkahwin. Cemuhan dan cacian para sahabat terhadap wanita itu didengari baginda. Lantas baginda menegur para sahabat mafhumnya (au qala maqal):
"Sesungguhnya taubatnya (taubat wanita itu diterima Allah kerana dia rela dan menyerahkan diri untuk dihukum dengan hukum Allah) itu lebih baik daripada pengutip cukai yang mengutip cukai dan membebankan rakyat.”
Kalau kita lihat, dosa melakukan zina apatah lagi penzina sudah mendirikan rumah tangga adalah antara dosa berat, besar dan keji dalam pandangan hukum Islam, tetapi pemimpin yang mengenakan cukai sehingga membebankan rakyat sedangkan pemimpin itu hidup senang-lenang lebih keji dan teruk daripada kesalahan wanita tersebut.

Wanita tersebut memang bersalah, tetapi dia menyerahkan dirinya untuk dihukum dan sedar akan kesalahannya, dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat lantas dia dihukum dengan hukum Islam dan diampunkan dosanya di Akhirat, tetapi malang bagi pemimpin yang mengutip cukai lantas menyusahkan rakyat, kesalahannya lebih besar daripada itu.
Kembalilah untuk rasa bertuhan dalam mengurus kehidupan rakyat dan segala urusan manusia amnya. Kepada pemimpin negara, jangan sesekali memandang mudah dan rendah dalam mengurus urusan rakyat kerana ia akan disoal di padang Mahsyar kelak, kerana amanah tanggungjawab di dunia, tetapi bebanan yang berat di Akhirat kelak.
Rang Undang-undang Akta Pencegahan Keganasan (Pota) sudah pun diluluskan, saya sendiri tidak pasti adakah pimpinan negara benar-benar ingin menggunakannya untuk menjaga ketenteraman awam atau memanipulasi ia seperti ISA, yang diluluskan lebih lama sebelum ini untuk menjaga negara dari ancaman subversif Komunis pada zaman Tun Abdul Razak, tetapi akhirnya ia digunakan untuk niat dan tujuan politik mengekang pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Adakah pemimpin kerajaan khuatir pengaruh Isis makin merebak dalam negara atau ingin mengekang amarah rakyat yang benci salah urus tadbir kerajaan semakin hari semakin tidak surut melalui pelaksanaan Pota? Atau adakah Pota merupakan strategi Amerika yang cuba dipasak dalam Malaysia hasil gagasan Pasak Asia atau Asian Pivot yang dicanang Amerika?
Terlampau banyak persoalan yang membelenggu kerajaan tidak terjawab dan rakyat semakin hari semakin muak dengan cara kerajaan mengurus negara. Mungkin sokongan "majoriti" yang diwar-warkan itu tidak lama, boleh jadi ia bertukar menjadi "ombak tsunami" yang lebih ganas dan besar membadai kepimpinan Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang.
sumber

No comments: