» » Nazir Razak sokong Dr Mahathir ?


Adik bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih gambar kulit album 'You are not alone' oleh penyanyi pop mendiang Michael Jackson untuk dikongsi di laman sosial.

Gambar tersebut menjadi perhatian apabila beliau memuatkannya dengan komen “kini muncul dalam politik Malaysia”.

Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ia muncul selepas keluhan perdana menteri Tun Dr Mahathir, yang banyak melancarkan serangan ke atas abangnya, Datuk Seri Najib.

Mahathir pada minggu lalu mengeluh kerana berasa “sendirian” dalam usaha untuk mendapatkan penjelasan dari Najib atas isu yang dibangkitkannya.

Keluhan Mahathir itu disambut dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata Mahathir tidak keseorangan dalam usaha itu.

Nazir memuatkan gambar kulit album hit Michael Jackson itu semalam di Instagram, tidak lama semalam selepas Muhyiddin menyatakan sokongan tersebut.

Tindakan itu mencetus pelbagai tanda tanya, memandangkan sebelum ini timbul laporan bahawa hubungan Najib dan adik beradiknya terjejas.


Adik beradik Najib malah terpaksa mengeluarkan kenyataan , menafikan , bagi menjawab dakwaan Pejabat Perdana Menteri bahawa kekayaan Najib Razak dan keluarganya diwarisi dari bapa mereka iaitu Tun Razak . 

Berikut ialah sedutan temuramah dengan Nazir Razak pada tahun lepas menjawab persoalan harta peninggalan Tun Abdul Razak :

For some people who have long known Mr. Najib, the lavish lifestyle that appeared to evolve with his second marriage, to Ms. Rosmah in 1987, has been a surprising — even dismaying — turn for a modest technocrat.

Last year, Mr. Najib’s younger brother, Nazir, wrote a newspaper column that tacitly jabbed at the current prime minister by praising the frugality of their father, a career government official who died in office at age 53.

When he and his brothers had asked for a swimming pool at the prime minister’s residence, Mr. Nazir wrote, “My father made it abundantly clear that while Seri Taman may be our home, the house belonged to the government and, hence, to the people. 


Anything spent on it would have to come from public funds, and there was no way he was going to allow the state coffers to be depleted on something as frivolous as a swimming pool. ‘What will the people think?’ he thundered.”


Ini kerana, Pejabat Perdana Menteri mengaitkan harta tinggalan bapa mereka, allahyarham Tun Razak Hussein dalam jawapan kepada satu laporan The New York Times berhubung sumber kekayaan Najib.

Adik beradik Najib Razak terpaksa menjelaskan bahawa bapa mereka iaitu Tun Abdul Razak sentiasa berjimat cermat dan cakap-cakap mengenai kekayaan bapa mereka akan mencemarkan nama baik Tun Abdul Razak.

Laporan The New York Times itu antara lain membandingkan koleksi beg tangan mewah dan barang kemas isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor dan gaji Najib - US$100,000 (RM370,000) setahun.

Laporan berkenaan turut memperincikan mengenai seorang anak Rosmah dari perkahwinan terdahulu, Riza Aziz, yang muncul sebagai penerbit filem terkemuka Hollywood.

Ini termasuk pembelian apartmen US$33.5 juta (RM117.5 juta) di New York dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta (RM61.5 juta) walau hanya bekerja sebagai pegawai rendah di sebuah bank sebelum ini.

Dalam satu tulisan di blog hari ini, Mahathir turut membangkitkan mengenai kemewahan oleh Najib dan Rosmah.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .