» » 'Najib Razak dilantik jadi PM M'sia sebab kenangkan budi baik bapanya'


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak mengatakan beliau berhempas pulas menjadikannya perdana menteri kerana mengenang jasa ayahnya Tun Abdul Razak Hussein.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu mendedahkan bertindak menghantar sendiri surat kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya memilih Najib sebagai timbalan perdana menteri semasa meletakkan jawatan pada 2003.

"Saya terhutang budi kepada Tun Abdul Razak, bila kita terkenang budi maka kita kena membalasnya kepada anaknya dan cucu cicitnya.

"Saya berhempas-pulas letaknya sebagai perdana menteri sampai bergaduh dengan Pak Lah (Abdullah Badawi). Saya tulis surat kepada Pak Lah supaya letak anak Razak ini sebagai timbalannya," kata Dr Mahathir semasa forum “Bicara Negarawan” di Kelab K, Taman Melawati , Selangor .

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .