» » 'M'sia mungkin rugi jutaan ringgit kerana kelemahan pengurusan sistem pajakan tanah'


Putrajaya mungkin mengalami kerugian jutaan ringgit susulan pengurusan sistem pajakan tanah lemah, terutamanya membabitkan tanah milik kerajaan Persekutuan yang dipajak syarikat dalam melaksanakan sesuatu projek, kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kebanyakan tanah milik kerajaan Persekutuan hanya dipajakkan pada kadar bayaran nominal yang lebih rendah, berbanding nilai pajakan komersial tanah di sesuatu kawasan.

"Daripada segi nilai, kerajaan berkemungkinan hilang jutaan ringgit," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau turut mengambil contoh tempoh pajakan tanah yang diberikan kepada syarikat YTL untuk melaksanakan projek Bestari Net di sekolah di seluruh negara.

"YTL sewa RM120 setahun untuk satu tapak tanah dan itu nilai yang sangat rendah. Sesetengah tapak di sekolah berada di kawasan bandar dan ada nilai tanah yang tinggi," katanya.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, hasil pertemuan yang dijalankan PAC bersama ketua pengarah Jabatan Tanah dan Galian (KPTG) hari ini, pihaknya mengenal pasti 2,000 sekolah digunakan untuk pembinaan menara Bestari Net di seluruh negara.

"Kementerian Pendidikan tidak meletakkan syarat sewa tapak dalam perjanjian asal. KPTG tidak boleh letak sewa harga komersial. Sekarang harga nominal.

"Kita pun tidak tahu adakah tanah itu untuk projek Bestari Net atau untuk kegunaan komersial lain," katanya.

Sehubungan itu, Nur Jazlan berkata, pihaknya mengharapkan fungsi KPTG yang kini bertindak sebagai pentadbir tanah dinaikkan taraf kepada penjaga tanah berkenaan untuk membolehkan pulangan hasil yang tinggi kepada kerajaan.

"Kita minta KPTG menjadi penjaga kepada tanah Persekutuan. Pastikan hasil tanah direkodkan," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .