Ratu Rock Ella mengakui masyarakat belum bersedia dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula awal bulan ini.
“GST ini mungkin ada kebaikan, tetapi kita ini diberi masa (bersedia) yang tidak cukup.
“Maknanya kita kena warm up dulu sampai masyarakat faham, kemudian baru lancarkan,” katanya kepada Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.
Tambahnya, pelaksanaan cukai itu, yang masuk hari ke-29 hari ini, seperti dibuat secara tiba-tiba.
“Tidak cukup masa, macam tiba-tiba,” kata Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.
Ella bukan selebriti pertama tampil menyuarakan perasaan tidak selesa itu.
Sebelum ini, pelakon, model dan pengacara Rozita Che Wan juga telah menyatakan kebenciannya terhadap pelaksanaan GST secara terbuka.
Lebih mesra dengan panggilan Che Ta, beliau menyatakan bantahan halus itu melalui penggunaan hashtag #bencigst di Instragram ketika menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir, bekas perdana menteri keempat sebelum ini mengeluh “keseorangan” mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
sumber
No comments: