» » 'Krisis Najib Razak dan Dr M dirasai hingga luar UMNO'


Umno kini hilang arah dan tujuan ketika menerima serangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak, kata bekas timbalan perdana menteri.

Tun Musa Hitam, yang menjadi timbalan semasa kepimpinan Dr Mahathir pada tahun 1981 hingga 1986 berkata, ada "ledakan" berlaku dalam parti, lapor The Star.

"Ada satu 'rasa ngeri akibat hilang arah di negara ini yang dirasai semua," katanya dipetik akhbar tempatan berbahasa Inggeris itu.

"Satu-satunya perkara yang anda dengar sekarang ialah seorang cuba menjatuhkan yang lain. Rakyat kini hilang arah (dalam parti)."

Dr Mahathir kebelakangan ini sering mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka, apabila mengatakan perdana menteri itu tidak layak memerintah negara kerana mempunyai banyak masalah seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu dan dasar tidak popular cukai barangan dan perkhidmatan (GST ).

Beliau juga mengecam "kehidupan mewah" Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, terkini mengenai keraian perkahwinan anak perempuan mereka, Nooryana Najwa.

Dr Mahathir juga berkata, Umno akan berisiko kalah semasa pilihan raya umum akan datang jika Najib masih dikekalkan.

Beliau juga berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menjadi perdana menteri lebih baik daripada Najib kerana beliau tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Menurut The Star, Musa berkata pertikaian antara Dr Mahathir dan Najib menimbulkan perselisihan dalaman Umno yang "tidak sihat dan mengelirukan".

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .